Kambing Golek BBQ
Kambing Golek Pilihan Anda
Menu Tambahan
Menu tambahan ini merupakan tambahan kepada pakej kambing golek sedia ada. Hidangkan kepada para tetamu anda dengan keenakan aksesori tambahan ini.
Pakej yang dinyatakan termasuk pengangkutan ke lokasi sekitar Lembah Klang.
Untuk mengetahui lokasi yang diliputi dan juga pertambahan caj untuk ke lokasi-lokasi lain, sila rujuk di bahagian TERMA & SYARAT
Ayam Percik Kelantan Special
Harga Ayam Percik Kelantan
Untuk minimum 10 ekor
RM36/ekor
Untuk menambahkan seri kepada majlis anda, kami mencadangkan untuk anda menambah hidangan ayam percik kelantan resipi istimewa daripada kami. Ayam Percik kelantan berbeza dengan ayam percik biasa kerana kuahnya berwarna putih memberikan rasa dan aroma yang amat menyelerakan. Rasanya yang berlemak dan sedikit pedas pasti membangkitkan selera para tetamu yang menikmati hidangan ini nanti.
Seekor ayam yang dipotong 8 ini akan direbus dalam kuah percik. Ianya diangkat setelah separuh masak. Kemudian ayam percik tadi akan dibakar di atas arang sehingga masak sempurna. Kuah percik tadi akan dituang di atas ayam tadi kemudian barulah dihidangkan kepada para tetamu. Tetamu anda pasti menggemari ayam percik kami ini. Rasailah keenakannya hari ini.
Pakej termasuk:
-
Ayam yang di sira dengan kuah percik yang amat menyelerakan.
Mushroom Soup with
Garlic Bread
Harga Mushroom Soup with Garlic Bread
RM5/pax
Untuk minimum 100 orang
Mushroom Soup ini kami akan masak serta sediakan bersama-sama dengan seketul roti yang disapu dengan garlic spread, dibalut dengan aluminium foil serta dibakar menggunakan arang.
Ianya amat sedap dan menyelerakan apabila dimakan secara panas. Kenikmatannya setanding jenama terkenal menyebabkan anda dapat menikmati keenakannya bersama dengan kambing golek kami yang lazat serta amat menyelerakan.
Seorang akan dapat sekitar 150-200ml sup cendawan serta satu roti sebesar ban roti hotdog.
Pakej termasuk:
-
Satu mangkuk sup cendawan
-
satu ban garlic bread sebesar roti hotdog.
Salad
Harga Salad with Salad Dressing
RM4/pax
Untuk minimum 100 orang
Salad yang kami sediakan ini adalah dari campuran beberapa sayuran seperti Lettuce, Lobak merah, Tomato, Timun, perahan limau dan Sos Thousand Island. Ianya menambah hidangan kepada para tetamu anda serta menyeimbangkan makanan utama anda.
Pakej termasuk:
-
Campuran sayuran segar iaitu Lettuce, Lobak merah, Tomato, Timun, perahan limau dan Sos Thousand Island