Salam sejahtera semua,
Hari ni admin nak kongsi akan khasiat memakan daging kambing.
Tahu tak korang semua yang daging kambing mempunyai kandungan lemak sama seperti ayam iaitu sekitar 3%? Kata Prof Dr Ramli Abdullah, pakar bioteknologi pembiakan.
Kajian yang dijalankan ACES (Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System) berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik. Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik. Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram). Melihat daripada segi kalori pula, kambing mengandungi 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal). Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok. Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh dan kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Selain dari makanan sunnah, ia juga merupakan alternatif terbaik kepada daging lembu yang lebih berkolestrol tinggi.
ok. Nanti admin share lagi cerita menarik pasal daging kambing ni lagi ye.
Senyum sikit. Ngeeeee..... :)
sumber: berita harian