Hai Semua,
Hari ni admin nak share kenapa gejala sakit kepala berlaku selepas makan daging kambing.
Ramai yang mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kenapa ini boleh terjadi? Sebenarnya hal tersebut disebabkan oleh kandungan zat besi dan tyramin yang terdapat pada daging.
Gejala pening kepala disebabkan memakan daging terutamanya daging kambing adalah kerana kurangnya serapan gula ke otak.
Makan daging yang banyak kandungan proteinnya boleh mengurangi serapan gula ke otak. Namun, punca kebanyakan orang mengalami pening adalah disebabkan oleh kandungan zat tyramin dan zat besi yang terdapat dalam daging tersebut.
Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan zat besi sebagai bahan untuk menghasilkan protein hemoglobin yang bertujuan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tapi kelebihan zat besi ini boleh jadi sedikit mudharat yang mengakibatkan pening dan sakit kepala.
Menurut National Poison Control Center, gejala yang biasanya muncul kerana kelebihan zat besi adalah pening, mual, lemah sakit kepala dan nafas pendek. Kelainan genetik yang disebut sebagai hemchromatosis juga boleh menyebabkan tubuh menghasilkan zat besi yang berlebihan.
Orang yang mempunyai kelainan genetik ini harus mengambil daging yang mempunyai zat besi yang rendah, tidak boleh mengambil suplemen zat besei atau melakukan penggantian darah (phlebotomy).
Zat Tyramin juga faktor kepada gejala kepala pening ini. Selain di daging merah, zat Tyramin ini boleh di dapati di dalam keju yang disimpan serta anggur merah. Gejala kepala pening ini biasanya muncul 12 jam selepas mengambil makanan-makanan tersebut.
Artikel ini bukan bertujuan untuk menakutkan. Tapi ianya sekadar ilmu pengetahuan bagi mereka yang fobia dengan makan daging kambing.
Alhamdulillah, ada klien kami yang tak berapa makan daging kambing, tambah beberapa kali jugak la masa kami hidangkan kambing BBQ ni. Hehe...Suka Dengar bila client suka servis kita. :)
OK. Sampai jumpa lagi ye