top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

Writer's pictureadmin KambingBBQ

Memperkenalkan Pakej Terbaru : Kambing Slice BBQ


Assalamualaikum semua,

Semoga sihat hendaknya.

Setelah berbincang dengan beberapa orang di antara kami dan juga untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sedang meningkat, kami ingin memperkenalkan pakej terbaru kami yang dikenali sebagai Kambing Slice BBQ.

Apa yang menarik tentang pakej terbaru kami ini?

Anda akan menikmati hidangan yang sama dengan dengan Pakej Kambing Golek BBQ tetapi dalam kuantiti yang lebih kecil (sesuai untuk bilangan tetamu sehingga 20-25 orang). Ini kerana terdapat permintaan daripada beberapa orang pelanggan yang ingin mendapatkan kambing golek kami tetapi tidak mahu terlalu banyak. Takut membazir kata mereka.

Selain daripada itu, anda juga turut dapat berkira-kira tetang bajet bagi hidangan istimewa kepada para tetamu.

Apa yang anda perolehi dari Pakej Kambing Slice BBQ ni?

  1. Kambing Slice siap di bakar - kami akan memotong, marinate dan membakar menggunakan 100% arang di premis kami. Kami akan hantarkan ke tempat anda dengan hidangan kambing yang telah siap di masak.

  2. Coleslaw - Kami akan sediakan coleslaw sesuai untuk 20 orang tetamu.

  3. Mashed Potatoe (kentang putar) - kami turut menyediakan kentang putar sesuai untuk 20 orang tetamu

  4. Brown Sauce - Cukup untuk 20 orang tetamu

  5. Home Made Blackpepper Sauce - Cukup untuk 20 orang tetamu

Pakej kambing Slice ini tidak sesuai untuk tujuan aqiqah. Ini kerana daging kambing aqiqah perlu di proses secara keseluruhannya berbanding daging kambing sejuk beku.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi pihak kami di talian 0192704811 / 0127856001. Atau anda juga boleh isi borang di sini dan kami akan menghubungi anda kembali secepat mungkin.

92 views0 comments
bottom of page