Assalamualaikum semua.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Team D'Expert Kambing BBQ dengan kerjasama belia penduduk Kampung Pasir Hulu Langat, telah mengadakan program Mengacau Dodol & Merendang di teratak operasi kami.
Kehadiran yang menggalakkan iaitu lebih 20 orang penduduk kampung gotong royong untuk memasak dodol sebanyak 140kg ini dengan menggunakan 2 kawah besar dan 1 kawah sederhana.
Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dan dalam masa yang sama menggalakkan keterlibatan komuniti kampung pasir dalam aktiviti kemasyaratakan kampung.
Turut hadir menceriakan majlis ini adalah ADUN Hulu Kelang, iaitu YB Datuk Seri Azmin Ali (mantan Menteri Besar Selangor) turut serta mengacau dodol dan rendang serta beramah mesra dengan penduduk kampung pasir.
Dalam masa yang sama, sempat juga kami promote produk kambing perap & kambing golek kepada YB Azmin Ali untuk diwar-warkan kepada orang ramai.
Alhamdulillah, dengan kerjasama erat antara penduduk kampung, program ini dapat diadakan dengan jayanya serta mendapat pujian dan galakan yang baik dari YB Adun agar dapat melaksanakan program seumpama ini pada masa akan datang.
Terima kasih semua kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Insya Allah akan datang kita buat program seumpama ini ya.
Comments